Friday, August 17, 2012

PILIHAN RAYA KE 13

semua yang akan membuang undi pada PRU13 perlu berfikir bersungguh-sungguh kerana ada banyak perkara perlu diambilkira, sungguhpun memang sudah difahami senario politik Sabah dan Malaysia amnya adalah berkala dan membuat perkadaran terus pemimpin dengan yang ada.

sekiranya, banyak isu yang menyentuh tentang PATI, sudah tentulah mengambilkira bagaimana sejarah awal penyertaan Sabah dalam membentuk Malaysia. Ramai berkecenderungan untuk menyembunyikan fakta dan keputusan sebenar para pemimpin sebelum ini.

merujuk kepada isu paling popular dalam kalangan masyarakat umumnya di pedalaman dan kaum kdm adalah isu PATI yang nampaknya telah menjadi pengundi dan penentu masa depan orang kampung yang semakin terhimpit dengan percaturan politik, sehinggakan agenda sebenar memajukan masyarakat telah dilupakan.

jika diselidiki di kedai-kedai kopi, para pengundi cina telah jauh kehadapan kerana mereka mula memikirkan bagaimana supaya suara mereka lebih jelas di parlimen, dan telah membuahkan hasil di kebanyakan bandar-bandar mereka menjurus kepada pembangkang.

melalui dominasi UMNO dan juga penaraju kerajaan negeri Sabah tidak banyak perubahan kerana masyarakat bumiputera islam dapat dikatakan telah mendapat kedudukan selesa selama wakil UMNO menjadi ketua menteri, kecuali wakil UMNO yang berada di Pantai Barat/Pedalaman Sabah kerana situasi UMNO di Pantai Timur sangat berbeza dengan di pantai Barat.

keselesaan yang dirasai oleh pengundi UMNO di pantai timur dapat ditafsirkan sebagai "bagai minyak yang ditatang penuh" atau dalam peribahasa cina "berada dalam mangkuk emas", realiti ini boleh dibaca melalui surat khabar "sabah times" yang sekarang ini dimiliki oleh UMNO.

analisis saya ini bukan bersifat akademik, mahupun rekaan ; kerana inilah realiti perbincangan mereka-mereka yang minat berbincang tentang politik. melalui ucapan-ucapan pihak pembangkang dalam YouTube di internet, jelas merupakan satu wadah yang berkesan untuk membincangkan dan menyampaikan idea yang tidak ditapis.

pendekatan teknologi sebenarnya banyak mengubah pemikiran rakyat, malahan kakitangan swasta atau kerajaan di bandar mula merasa hambar kepada sesetengah surat khabar yang terlalu memberi "air cond" kepada tokoh-tokoh pemimpin politik kerajaan sehingga kadang kala menjelekkan sehingga ulasan wartawan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

retoriknya, kemahiran pemimpin pembangkang nampaknya semakin menyerlah dalam aspek penyampaian wacana idea politik mereka. di Sabah, jelas isu-isu yang diutarakan oleh pembangkang lebih diminati di kedai-kedai kopi, sehinggakan anggota "special branch" yang ada juga mampu menghuraikan isu tersebut.

merujuk kepada situasi perang parti-parti politik nampaknya kuasa "pijak-memijak" mulai dirasai, dengan ramainya yang bercita-cita untuk menempah nama dalam persada politik, antaranya pemimpin yang beriaya-iya sehingga meletakkan "jawatan" sebagai penjawat awam semata-mata ingin bertanding dalam PRU13 ini.

berbanding dengan UMNO, parti-parti komponen BN yang lain tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat keputusan ataupun memberi pendapat mengenai banyak perkara (menurut cakap-cakap AJK-AJK kampung) kerana tidak banyak pembangunan yang disalurkan ke kawasan-kawasan yang di menangi oleh komponen seperti PBS, UPKO,PBRS,LDP dan GERAKAN.

sebaliknya, berlaku lebihan penyaluran kepada kawasan-kawasan tertentu yang dominasinya UMNO. perkara ini, sering dibandingkan oleh orang-orang kampung yang berkerja di kawasan UMNO dan mengundi di kawasan komponen parti BN yang kecil. sebab ini lah, pembangkang banyak membuat isu terutamanya di Kota Marudu dan Kiulu.

rumusan dari semua ini, BN atau UMNO perlulah lebih berusaha di kawasan lain yang komponen BN nya kurang diberi perhatian, seperti mana yang semua pengundi Sabah tahu, selepas UMNO mengubah persempadanan baru di Sabah melalui SPR, 32 kawasan DUN Sabah telah memihak kepada UMNO, mungkin ramai yang tahu, UMNO tidak perlukan undi KDM atau Cina untuk memerintah Sabah. salah satu kekecewaan penduduk asal Sabah adalah semua perancangan ini bermula dengan "Projek M" yang mana telah mengubah 100% senario politik Sabah. siapa mungkin menafikan "tsunami" politik akan berlaku di Sabah pada PRU13 ini !


(karangan ini - rekaan pendapat peribadi semata-mata)